Doa Jumaat

15 Apr

Salam ya’ll…

Di hari yang mulia ini, mari pakcik cergita cket la noo.. pe’el (perangai) menarik organg2 islam khasnya ni. Jemu eh pacik nak loklak tang politk sarawak, taib mahmud. Tu you all bley la usha blog2 lain. Pacik seram tgk bomoh dia noo..

Ok, mcm biase la, kalau ke masjid, posisi pacik kompom2 kat area bley usha2 orang (mmg 1st row/2nd row mmg kompom xjumpe). Mcm la angpa xtau plak motto pacik, “aku pandang, aku lihat, aku dengar, aku mengarut”. Untuk kali ni, khutbah lam arab.. ok.. pacik no komen.. mmg sepatah xpaham.. yg pelik pak arab ni bley plak gelak2 time khutbah.. hurm.. khutbah tu kelaka ke?

Ok, next.. time smyg ade qunut.. campo doa.. doa punye la panjang.. nasib pacik masih mude dan tough ketak2 8. Slamat cket. Tp sian la pacik tue kat sblh.. rasenye doa tadik tu leh wat lagi 1 rakaat dah..

Ok.. stop it. Pacik nak cite pasal adab doa. ADAB. Bukan rukun.. bukan fardu dan bukan sunat. ADAB.

ADAB doa orang mesia ni, normally sng jer kite bahagikan..
1) Jenis tak doa langsung. Pas smyg terus cabut. Ni kite panggil sbg biADAP. Doa stakat 2 min tak smpt ke? dh kuat sgt? sng cite la.. tetibe dpt fitnah dunie.. kn rakam cctv wat seks ke hape.. ko rase2 tuhan sngaje ke nak biar kn rakam cctv tu?
2) Jenis yg doa betul2 tadah.. tp bile imam bace doa panjang cket.. mule la nyesal. “Aigoo, panjang plak imam ni bace doa, dah la aku ade exam pasni.. ” agak2 la kalo doa tu bley terangkan hati ko tak?
3) Die baguih, tak komplen.. time doa ade jer.. tp tangan die atas peha jer.. “nak bagi.. bagi.. tanak bagi.. sudey..” Typical mmg byk kat mesjid.. especially the malay.. korang agak2 la kan.. kalo korang nak mintak sign jkkk nak beskal. kalu korang wat ala kadar jer.. jkkk nak sain ke tak?
4) last baru yg mmg doa betui2.. mmg jarang la nak jmpe. normally mmg jenis line2 dpn jer..

Itulah doa ari jumaat. Semoga.. kita mengambil iktabar dari kisah hari jumaat ini.

Tags: , , ,

Usahawan Kangkung, Professor Kangkung

20 Mar

 

Wira kami meluncur meninggalkan Kuala Lumpur menuju ke Merlimau. Cuaca petang agak nyaman. Lalu saya meminta si pemandu memadamkan alat hawa dingin kerana saya ingin membuka cermin kereta.

Saya ingin menghidu udara petang. Berkali-kali saya tekan punat tetapi sang cermin amat degil tidak mahu turun ke bawah.

Si Pemandu menoleh sambil ketawa dan bersuara: “Ini Proton, bro… Takkan tak tahu… Ini pun belum sampai setahun.”

Kami terbarai ketawa.
(Dari ingatan berkempen ke Merlimau)

Saya sedang memberi kuliah di Akademi Seni Kebangsaan. Bangunan ini belum sampai lima tahun. Hujan yang awalnya renyai-renyai menjadi lebat. Tiba-tiba, di luar air mencurah masuk. Atap bangunan ini telah terbarai.
(Dari ingatan mengajar di ASWARA)

Apabila kita membaca dan melihat apa yang sedang terjadi kepada lima buah loji nuklear di Jepun, maka kita akan sedar bahawa ini adalah satu pelajaran yang amat mahal. Mata pelajaran ini sedang dibayar dengan harga darah dan nyawa oleh warga Jepun. Pelajaran di hadapan mata kita ini sedang membuktikan bahawa radioaktif ini amat merbahaya untuk umat manusia.

Ini adalah kali kedua warga Jepun membayar dengan nyawa mereka untuk membuktikan kepada dunia tentang malapetaka yang akan dibawa oleh radioaktif. Kali pertama dahulu pada pada 6 dan 9 Ogos 1945. Pelajaran itu telah dipaksakan ke atas warga Jepun apabila dua butir bom atom telah diledakkan di kota Nagasaki dan Hiroshima.

Kali ini agak berbeza, bukan dengan paksaan dari sesiapa tetapi hasil dari kerja lobi para saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Lihat dan perhatikan, ketika loji nuklear di Fukushima terbakar, para saudagar tenaga nuklear, para pelobi tenaga nuklear, para kangkung pakar nuklear dan para politikus rasuah, sedang meminta kita semua bertenang. Suara paling terbanyak meminta kita bertenang datangnya dari sosok yang mengaku arif dan berilmu dalam hal nuklear.

Ilmuan ‘kangkung’

Justeru, para profesor dan ilmuan yang arif tentang hal radioaktif kini sedang sibuk membincangkan pandangan mereka. Ilmuan “kangkung” dan pakar nuklear ini sedang bersilat lidah di kaca TV untuk mententeramkan keadaan. Para pakar ini dilihat gah dan hebat dengan ijazah berjela-jela tetapi bila kita selidik dengan rapi, maka akan kita temui bahawa mereka ini ada pertalian kepentingan dengan saudagar penjual loji tenaga nuklear.

Di Malaysia para kangkung ini tidak perlu menyorokkan diri untuk berselindung. Mereka secara terbuka menyokong rancangan kerajaan untuk mendirikan loji nuklear pada tahun 2021. Suara sokongan mereka sedang dijadikan alat untuk bercanang ke hulu ke hilir oleh para saudagar loji nuklear.

Para kangkung ini bersuara menyokong tenaga nuklear bukan kerana mereka berilmu tetapi kerana dengan cara ini sahajalah suara mereka akan dilaporkan oleh media arus perdana. Dengan menyokong tenaga nuklear maka muka mereka akan muncul di kaca TV. Dan jika mereka rajin sadikit mereka akan dapat menulis di ruangan akhbar Utusanatau Berita Harian.

Orang awam jangan terperanjat apabila diberitahu bahawa menulis diUtusan atau di Berita Harian ini juga akan diambil kira sebagai pencapaian keilmuan. Ini juga akan dihitung untuk kenaikkan pangkat dan gaji. Nampaknya menulis di akhbar arus perdana di Malaysia ini telah disamakan tarafnya seperti menulis di majalah Foreign Affairs,New ScientistNature atau Oxford Journals.

Maaf. Jangan silap faham. Tulisan saya ini bukan bercita-cita atau berniat untuk memperlekehkan para ilmuan tempatan ini. Tidak. Saya tidak perlu meperlekehkan mereka kerana mereka sendiri memang telah lama lekeh. Majoriti ilmuan kangkung ini lekeh kerana tidak pernah melahirkan buku atau menulis secara ilmiah. Kebijaksanan mereka ialah membodek dan mengampu untuk naik pangkat.

Kalau kurang yakin tentang apa yang saya nyatakan di sini, sila rujuk laporan akhbar minggu lalu bagaimana Najib Razak telah mengingatkan kangkung-kangkung ini agar tidak berebut-rebut untuk menjadi naib cancelor.

Biasanya para akademik yang tegar dengan ilmu pengetahun dan kajian akan menolak pangkat naib cancelor. Sosok yang berilmu akan menolak pangkat ini kerana ia akan membuang masa ekoran terlibat dengan kerja mentabir universiti. Cita-cita sosok yang berilmu ialah membaca, mentelaah, mengkaji, menduga, mencuba di bilik makmal dan akhirnya menerbitkan bahan kajian untuk untuk dibincangkan oleh rakan-rakan dalam dunia akademia.

Seorang akademia yang bukan jenis kangkung tidak akan membuang masa untuk hadir di majlis-majlis ‘hampeh’ seperti menghantar menteri ke lapangan terbang atau membuang masa dan tenaga untuk memastikkan mahasiswa kumpulan Aspirasi menang dalam pilihan raya kampus.

Pandangan juling tentang Fukushima

Saya telah dan akan terus menimbul dan mempersoalkan tentang keupayaan ilmu profesor kangkung. Saya lakukan ini kerana saya yakin dalam minggu ini akan banyak suara-suara kangkung ini kedengaran. Mereka akan dijemput untuk memberi pandangan-pandangan juling tentang letupan loji nukelar di Fukushima.

Komen dan pandangan profesor kangkung ini akan digunakan untuk mengolah persetujuan orang ramai agar menerima hakikat bahawa negara kita tidak ada pilihan melainkan menggunakan nuklear sebagai punca tenaga elektrik dalam masa 10 tahun yang akan datang. Kangkung ini juga akan memberi pandangan kontot mereka bahawa loji tenaga nuklear ini selamat untuk digunapakai.

Para kangkung ini tidak akan menyebut berapa banyak kecelakan kecil dan besar yang telah terjadi di loji nuklear. Dengan sempoi para kangkung akan melupakan data dan sejarah.

Jika ada disebut satu kecelakaan kecil maka si kangkung ini akan menyatakan yang ini terjadi pada satu ketika yang lama dahulu. Di zaman teknologi secanggih hari ini, tidak mungkin kecelakan akan berlaku lagi.

Hakikatnya, kecelakan yang berpunca dari loji tenaga nuklear berlaku terus menerus. Pada tahun 1979, sebuah loji nuklear Three Mile Island di Pennsylvania, Amerika Syarikat telah hampir meledak. Ini kerana kesilapan teknikal. Selama tiga hari Amerika Syarikat dalam keadaan mengigil menunggu apakah akan terjadi satu letupan.

Pada tahun 1986, satu lagi ledakan loji nuklear telah berlaku di Chernobyl, Ukraine. Ini telah membawa malapetaka yang amat dahsyat. Hingga ke hari ini wilayah sekitar Chernobyl telah ditinggalkan kosong kerana bahaya radioaktif yang masih berkeliaran. Untuk berapa tahun lagi wilayah ini akan ditinggalkan? Berapa lama kesan radioaktif ini akan berkeliaran?

Umur radioaktif ini ditakrifkan sebagai half lifeHalf life ini mungkin 300 tahun dan mungkin 3,000 tahun. Half life hanyalah konsep. Kerana itu hingga ke hari ini, masih ada bekas warga Chernobyl yang melahirkan bayi cacat dan tidak cukup sifat akibat serangan radioaktif.

Lalu timbul persoalan, jika tenaga nuklear ini amat bahaya kenapa ia masih digunakan. Jawapan untuk soalan ini ialah keuntungan. Para saudagar penjual loji nuklear akan mendapat keuntungan berbilion ringgit apabila ada negara yang ingin membeli loji ini. Loji tenaga nuklear bukan dijual macam kereta.

Teknologi tenaga nuklear ini amat tinggi dan canggih. Tidak semua negara dalam dunia ini memiliki keupayaan untuk mendirikan loji nuklear ini. Negara-negara yang memiliki teknoloji untuk membuat dan menjual loji nuklear ini juga terhad. Ini menjadikan harga loji ini mahal.

Dalam masa yang sana kefahaman dan kesedaran orang ramai terhadap bahaya radioaktif dari loji ini telah ditumpulkan. Seperti di Malaysia, banyak perkara dilakukan oleh politikus tanpa banyak perbincangan.

Malah ada pekara dilakukan secara senyap-senyap tanpa diketahui umum. Contoh terbaik ialah kilang nadir bumi di Gebeng yang juga akan membawa malapetaka radioaktif secara tiba-tiba.

Bangunan, atap, stadium runtuh

Oleh kerana tidak ada perbincangan, maka orang ramai tidak mendapat maklumat yang penuh sama ada perlu menerima atau menolak pengunaan tenaga nuklear sebagai punca tenaga leterik.

Ini ditambah pula oleh lebun para kangkung yang kerap muncul di media arus perdana untuk menjadi juru heboh tenaga nuklear. Pandangan kedua atau cadangan alternatif akan dinafikan untuk untuk memastikan orang ramai dapat terus ditipu.

Malah si pembawa pandangan kedua atau alternatif mungkin akan ditangkap untuk dikenakan ISA. Ini pernah berlaku di Bukit Merah, Perak pada tahun 1987.

Warga di Bukit Merah telah bangun menentang rancangan untuk mendirikan kilang nadir bumi yang kini telah dipindahkan ke Gebeng. Beberapa orang aktivis Bukit Merah telah ditahan dalam Operasi Lalang pada 27 Oktober 1987.

Para menteri pula akan berhujah mengatakan bahawa kita perlu tenaga nuklear kalau tidak kita akan bergelap. Cakap-cakap seperti ini menakutkan orang ramai seolah-olah kita tidak ada pilihan. Di belakang cakap-cakap menteri ini ialah saudagar penjual loji nuklear. Ini samalah seperti kita membeli kapal selam dari Perancis.

Saudagar penjual loji nuklear ini juga bergerak sama seperti saudagar senjata. Malah kadangkala yang menjual senjata ini juga menjual loji tenaga nuklear.

Untuk saya keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan tenaga nuklear atau tidak cukup senang untuk dibuat. Kita tidak perlu melihat ke Jepun atau ke Chernobyl. Kita hanya perlu melihat kereta keluaran Proton.

Berapa ramai pembeli kereta Proton telah menyumpah dan menyesal kerana cermin tingkap kereta Proton tidak boleh dipakai. Juga kita sering terbaca bangunan kerajaan runtuh.

Malah kita juga terbaca bagaimana atap bangunan Parlimen telah runtuh. Kali terakhir ialah berita runtuhnya stadium di Kuala Terengganu.

Untuk saya, sebelum kita mendirikan loji nuklear di bumi ini marilah kita meminta secara jujur agar para ilmuan, para saintis dan para jurutera kita dapat memperbaiki cermin tingkap kereta keluaran Proton. Ini adalah asas teknologi.

Kalau yang asas ini pun selalu kantoi, bayangkan apa yang akan terjadi apabila loji nuklear meledak.

Mari berfikir sejenak. Sebelum ke sekolah kita ke alif ba ta dahulu. Sebelum buat itu, buat ini dahulu.

by Hishamuddin Rais

p/s: dah puas? hehehe…

Tags: , , , , , , ,

Keperluan / Kemahuan?

18 Mar

Adakah memperolehi sijil pelajaran (diploma/degree/master) & bekerja adalah keperluan atau kemahuan?

Tags: ,

Bakso ku

4 Mar

Untuk memastikan blog ini bernyawa.. maka dengan ini saya menisyhtiharkan ari ni sya telah memakan bakso bersempena dengan ummatic week 2011.. yeah..

punyela besa gelanggang.. ade 6 kedai jer.. aigo..
pastu gerai kelantanese kompem full..
tak faham aku.. tak faham..
bg la full gerai somalis.. try la makan mknn org len.. baru la ummatic gituu…

chiow.. sok aku cite makan mekdi lak..

Tags:

Minyak Pra Campur

3 Dec

 

Cakap pasal pra-campor ni.. aku suke la nak cite sebab aku memang 3-1 neskopi addict.. tapi.. bila cakap tang minyak ni.. ni yang tak berkenan ni..  aku tanak la cakap pasal ekonomi ke.. negare rugi ke.. tang tu.. korang leh gi carik kat blog lain.. aku nak cakap pasal mamat-mamat bodoh yang tak ngan tak segan silunye cakap orang2 yang mara minyak naik ni tak bersyukur..

Kalau minyak naik.. naik la public transport. Kalau gula naik.. kurangkan la gule. Tak reti bersyukur langsung!

First of all SCREW U!

Ko kalo dah duduk kat dalam kelompok orang2 senang.. takkan merase la mende ni..  meh memula aku bakar bab public transport ko tu..

cube cakap kat aku.. sejaoh mane efficient ayat bijak pandai tu? tokey2 balak nak kene anta pakai bas express gamaknye balak2 derang..  so nak cakap pasal public transport.. sng camni jer

Gombak – Kajang – Gombak

1) MyVi = RM10.. tupon ade lebey

2) Muto RM6..

3) public transport – Bus – LRT – KTM – (RM1 + RM2.5 + RM3.2) x 2 = Rm13.40, Bus – KTM RM2.50 + RM3.50 x 2 = RM12, BUS – BUS – BUS – RM1 + RM3 + RM2 x 2 = RM20

To.. agak2 efficient tak utk orang macam aku? ade ckp jalan kaki! oit bodo.. ko igt nak gi kelas ke nak jalan kaki?

Then gule.. kurang kan gule~ cube ko g cafe.. kalo mintak..teh o kurang manis.. agak2 die kurangkan rege tak? ade org ckp wat la senirik.. sbb tu aku cakap.. better orang2 mcm Jala tu.. ntah hape ntah name die.. blaja gune public transport balik kg..

So.. kesimpulannye.. jgn cakap la pasal public transpot.. gule smer.. kalo negare nye infrastructor.. gah pade name jer..

 

 

Tags: , ,

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.