A
Perlembagaan Persekutuan Malaysia Bahagian 4 Bab 3 Perkara 40(2)a mengatakan “Yang diPertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut, iaitu:melantik seorang Perdana Menteri“.  Berdasarkan peruntukan ini saya berpandangan Perlembagaan Negeri Terengganu juga memperuntukkan bidang kuasa yang sama kepada Sultan Terengganu bagi melantik Menteri Besar. 
Pakar perlembagaan, Prof.Dr.Aziz Bari telah mengatakan bahawa”perlantikan Menteri Besar adalah kuasa budi bicara Sultan“.  Bahagian 4 bab 3 Perkara 43(2) (a)mengatakan perlantikan Perdana Menteri adalah”Yang Dipertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mengetuai Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli-ahli Dewan itu.” 

Kedua-dua peruntukan ini diperingkat persekutuan menjelaskan bahawa hak melantik Perdana Menteri sememangnya hak Yang diPertuan Agong.  Oleh itu, kiranya peruntukan ini sama bagi Perlembagaan Negeri Terengganu maka watikah yang telah diberikan kepada Dato’Ahmad Said hendaklah diteruskan upacara mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.  Dalam peruntukan perelembagaan juga menyebut “yang pada pendapatnya akan mendapat kepercayaan”  Dari segi bahasa ini menjelakan perkara akan datang setelah diangkat sumpah, oleh itu tiada kaitan soal yang berlaku sebelum angkat sumpah seperti penolakan awal(boikot) oleh 22 adun diterima bagi menghalang proses mengangkat sumpah.  Dari segi bahasa itulah maksud perkataan ‘akan’(ahli undang-undang diharap dapat mengesahkan kedudukan ini dari segi perundangan). Apabila telah terlantik sebagai Menteri Besar ,Dato’Ahmad Said boleh mengemukakan senarai exco yang mahu bekerjasama dengannya sama ada dari adun UMNO atau PAS kerana peruntukan undang-undang tidak menyebut parti yang mana hanya disebut “akan mendapat kepercayaan ramai ahli dewan”.  Peruntukan Perlembagaan jelas memperuntukkan kuasa melantik Perdana Menteri atau Menteri Besar adalah hak budi bicara Yang dipertuan Agong dan Sultan. 

Kuasa yang ada pada rakyat hanyalah memilih ahli Dewan dan Perdana Menteri tiada kuasa menentukan siapa yang layak menjadi Menteri Besar.Setelah terlantik dan tidak mendapat sokongan majoriti maka ahli Dewan yang lain boleh mengemukakan usul undi tidak percaya dan Sultan menggunakan kuasa budi bicara membubarkan dewan undangan negeri dan inilah jalan terakhir kiranya Idris Jusoh masih bermain wayang mengatakan akur terima keputusan Sultan tapi memasang juak-juaknya menolak keputusan Sultan…manusia seperti ini yang bermuka-muka sememangnya tidak layak dilantik lagi. 

Keputusan Sultan(MPPR) dalam hal ini adalah tepat dan perlu disokong kerana Sultan(MPPR) yang prihatin sentiasa mempastikan negerinya diurus dengan baik demi kesejahteraan bersama.  Pihak istana kita percaya telah mengikuti dengan tekun segala yang berlaku daripada laporan cantas mencantas calon, pengurusan kewangan negeri, dan keamanan negeri sehingga menjadi ’cukup maklumat’ bagi menolak perlantikan semula Idris Jusoh.  Menjadi persoalan kepada kita setelah dilihat kegagalan urus tadbir Idris ini kenapa PM begitu mempertahan Idris menunjukkan seolah-olah ada sesuatu yang begitu penting bagi mempastikan Idris berkuasa demi kepentingan mereka bukannya rakyat.  PM sanggup derhaka kepada YDPA/MPPR demi kepentingan peribadi.  Bukan menjadi rahsia lagi, bagaimana sepanjang pentadbiran Idris , Patrick Lim menguasai perojek pembangunan di Terengganu.(hal ini juga disebut oleh Mantan PM Tun Mahathir).

Kesimpulannya, tindakan MPPR perlu disokong oleh seluruh rakyat jelata demi mempastikan kemuliaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu terpelihara. UMNO Terengganu perlu menghadap MPPR dan memohon ampun atas  ketelanjuran mereka(lihat banner demo mereka kata “natang” kepada pihak tidak lantik Idris) dan menerima keputusan istana kiranya mereka ikhlas atau ada muslihat pertahankan Idris kerana berpakat membahagi khazanah Terengganu seperti watak Badan dan Nyawa dalam filem “Nujum Pak Belalang”. Daulat Tuanku

Oleh razUtara

Seypet : Sejahil-jahil pakcik, pakcik takkan keluarkan kenyataan yang menunjukkan pakcik jahil. Daulat Tuanku~!!!
 



No Responses Yet to “Tindakan MPPR betul mengikut Perlembagaan”  

  1. No Comments Yet

Leave a Reply