Yet Another Politician
Last past week, memang banyak hal-hal pasca PRU yang menarik. Firstly pasal Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng. Lawat link berikut:
http://mrmanager.blogspot.com/2008/05/have-you-seen-chief-minister-sit-in.html
Perilaku beliau benar-benar menunjukkan jiwa beliau yang sebenar. Berbanding bapanya, beliau dilihat sebagai seorang yang lebih moderate & berjiwa bersih. Malah beliau pernah menyebut bahawa beliau akan menjadikan Khalifah Umar Ibnu Aziz sebagai contoh untuk diterapkan di dalam Pentadbiran beliau. Berbanding bapa beliau + seorang peguam kurang upaya yang dilihat sebagai seorang yang memandang Islam dari sudut yang lain.
Dan YB yang menjadi Idola saya secara peribadi, YB Zulkifli Noordin, pendedahan beliau mengenai pakaian ahli palimen menujukkan keberanian beliau dalam mendedahkan keadaan yang berlaku dalam masyarakat sekarang. Kita lupakan pasal harga pakai itu. Apa yang nak disampaikan di sini adalah berkenaan mentaliti. Dalam blog beliau,
Kalu beli songkok kosong kat Mydin RM13/= je. Depa cuma tambah riben kuning dgn badge Parlimen..praappp..jadi RM120/= !!!
Nampak? Sama macam harga minuman teh, di gerai-gerai RM0.80, sampai kat kedai mamak RM1.50, Pergi pula ke hotel, RM4.00.. singgah ke KLIA RM6.00 (mungkin lebih).. hurm..
Apakah yang menyebabkan perbezaan harga tersebut? Qualitikah? Peminumnyakah? Atau pembuatnya?
Dan last sekali, isu paling panas berkenaan ahli-ahli parlimen yang dikhabarkan mahu lompat parti. Secara peribadi, saya kurang bersetuju dengan tindakan Saudara DSAI yang menerima/memberi tawaran tersebut. Jika benar tiada unsur wang dalam hal berkenaan, maka isu yang lain pula timbul. Apakah sebab mereka mahu lompat parti? Dari apa yang dikhabarkan, kebanyakan mereka hanya tidak berpuas hati dengan pengagihan jawatan Menteri dalam kabinet. Maka, saudara DSAI memberikan tawaran jawatan tersebut. Adakah unsur-unsur rasuah tidak ada disitu? Maaf, saya tidak berani komen kerana kurang arif dalam bab ini.
Filed under: Bebelan, Politik | Leave a Comment
Tags: DSAI, jiwa rakyat, lim guan eng, Politik, Zulkifli Noordin













No Responses Yet to “Yet Another Politician”